Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pelajar warga Sudan maut manakala rakan wanitanya cedera selepas kereta Toyota Vios yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 213.6 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pemandu kereta itu, Mohamed Tarig Mustafa Attaelsied, 21, pelajar Segi Universiti Selangor, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Rakannya yang juga warga Sudan, Israa Abu Gabran Khalifa Fadl Alla, 20, cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.

Ketua Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuantan.

“Semasa kejadian hanya lorong kanan sahaja digunakan dan lorong kiri ditutup kerana terdapat kerja pembaikan jalan oleh pihak terbabit,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu melanggar kon di tengah jalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah van milik Alloy Mtd Sdn Bhd yang diletakkan di tepi jalan di situ.

Katanya mayat mangsa turut dihantar ke HTAA untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment