Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 8, 2014


Berikutan penyebaran maklumat di media sosial mengenai kejadian memecah cermin kereta yang mempunyai pelekat restoran makanan segera oleh kumpulan tertentu yang dikatakan berlaku di Ipoh.

Pihak polis ingin menegaskan bahawa tiada kejadian seumpama ini berlaku dan sehingga kini pihak polis tidak menerima apa-apa laporan polis mengenai kejadian seperti yang didakwa.

Pihak polis ingin mengingatkan kepada orang awam yang memboikot sesuatu produk agar tidak bertindak secara agresif sehingga mendatangkan kerosakan harta benda, kecederaan fizikal atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment