Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Pengarah filem terkenal Datuk Jamil Sulong berada dalam keadaan koma selepas diserang penyakit strok di kediamannya di sini pada pagi Khamis.

Anak kedua beliau, Dr. Anwardi Jamil ketika dihubungi mStar Online berkata, bapanya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Bapa saya diserang strok pagi ini dan keadaannya agak kritikal namun stabil buat masa ini,” katanya ringkas.

Anwardi bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan bapanya termasuklah lokasi pengarah itu mendapatkan rawatan selain meminta agar keluarga mereka diberi ruang untuk mengharungi masa sukar itu.

Jamil, 88, adalah pengarah filem Melayu kedua terbanyak mengarah filem selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Filem-filem arahannya seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Karya arahan beliau juga banyak merangkul anugerah bukan sahaja dalam negara tetapi juga peringkat antarabangsa.

Jamil juga turut terlibat menghasilkan gurindam selain menulis dan mencipta lagu-lagu untuk P.Ramlee termasuk Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Azizah.

Beliau berkahwin dengan Datin Rosnani Jamil dan dikurniakan tiga cahaya mata. – mStar 

0 comments:

Post a Comment