Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 13, 2014

No Comment

GOPENG – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Ipoh merampas 15,000 liter diesel bersubsidi yang cuba diseleweng berikutan penahanan tiga lelaki di Kawasan Perindustrian Tungzen, di sini semalam.

Timbalan Pengarah PPDNKK Perak Mohd Khalis Kasim berkata selain diesel bersubsidi bernilai RM30,000, pihaknya turut merampas dua buah lori tangki dan beberapa kelengkapan lain yang kesemuanya bernilai RM321,000 dalam serbuan pada 3.45 petang itu.

“Tiga lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan ketika sedang memindahkan diesel bersubsidi dengan menggunakan pam khas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan adalah hasil maklumat orang awam dan intipan PPDNKK sejak dua minggu lepas.

Mohd Khalis berkata semasa serbuan pihaknya mendapati seorang lelaki sedang menggunakan pam bagi memindahkan diesel tersebut dari sebuah lori tangki yang pernah digunakan untuk membawa minyak kelapa sawit dengan kapasiti penuh 42,000 liter, ke sebuah lori tangki lain.

Katanya, modus operandi yang digunakan mereka adalah dengan membeli diesel yang dijual di kawasan sekitar dan kemudian dimasukkan ke dalam lori tangki besar yang berfungsi sebagai tangki penyimpanan di kawasan berkenaan.

“Apabila jumlah diesel di dalam lori tangki tersebut telah mencapai takat yang dimahukan, mereka akan membuat panggilan dan kemudian sebuah lori tangki lain yang lebih kecil akan masuk ke kawasan berkenaan untuk mengambil diesel tersebut,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian penguatkuasa selama dua minggu, untuk memasuki kawasan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana khidmat tonto digunakan dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi itu.

“Penyeleweng diesel terbabit akan menggunakan lampu kenderaan sebagai cara berinteraksi antara mereka. Mengikut pemerhatian kami, apabila mereka sudah menerima isyarat lampu, itu bermakna mereka sudah bersedia untuk mengangkut diesel,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata hasil daripada Ops Titik yang dijalankan sejak 15 Mei lepas, PPDNKK menumpaskan sebanyak 29 kes penyelewengan diesel termasuk dua kes melibatkan petrol dan satu kes gas cecair petroleum dengan nilai rampasan lebih RM1.5 juta. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment