Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 10, 2014

No Comment

KERETA Kebal Tok Gajah, Damion Delano Stewart bertekad mahu terus mencipta kejayaan untuk saingan Piala Malaysia musim ini.

Selepas membantu Pahang membawa pulang piala berprestij itu musim lalu selepas kali terakhir pada 1992, bekas pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR) itu mahu mengulangi kejayaan sama untuk musim ini.

“Saya yakin dengan usaha keras dan terus mengekalkan semangat berpasukan boleh memastikan misi kami tercapai.

“Saya sedar saingan kali ini pastinya mencabar dan tidak mudah buat Pahang,” kata pemain kelahiran Jamaica itu.

Stewart juga optimis dengan barisan pemain yang sedia ada dan strategi yang akan digunakan pengendali pasukan, Zainal Abidin Hassan.

Pemain berusia 34 tahun itu turut memberitahu dia juga sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi perlawanan pembuka tirai Piala Malaysia pada 13 Ogos ini.

“Beraksi di laman sendiri berdepan lawan, JDT II perlu digunakan sebaik mungkin untuk meraih kemenangan.

“Dan pastinya saya dan rakan sepasukan akan berusaha sehabis mungkin daripada dibolosi lawan,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment