Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 22, 2014

2 comments

Seremban: Suasana sayu dan pilu menyelubungi Masjid At-Taqwa, Paroi, di sini, sebaik ketibaan jenazah pramugari MH17, Mastura Mustafa untuk disembahyangkan.

Jenazah pramugari kanan, Mastura Mustafa, 40, yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine pada 17 Julai lalu dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan.

Ketibaan jenazah kira-kira jam 12.40 tengah hari turut diiringi ahli keluarga termasuk bapa, Mustafa Abdul Samad, 83, suami, Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10.



Sebaik tiba, jenazah Mastura diusung anggota tentera 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Senawang dan Kem Rasah.

Jenazah Mastura dijangka akan disembahyangkan selepas solat Jumaat dengan lebih 2,000 jemaah yang turut hadir. - Harian Metro

2 comments:

  1. Ya allah..tengok ni anak2...sabar2 anak...salam ucapkan hari berkabungan...saya baca tanga doakan...AMIN :'(

    ReplyDelete