Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 28, 2014

No Comment

ANKARA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada di Ankara, ibu negara Turki, untuk mewakili Malaysia pada majlis pelantikan Presiden baharu Turki.

Majlis itu berlangsung pada Khamis yang akan menyaksikan Recep Tayyip Erdogan, yang menjadi perdana menteri selama 11 tahun, dilantik sebagai Presiden Turki yang ke-12.

Pesawat khas yang membawa Muhyiddin mendarat kira-kira pukul 6 pagi Khamis (11 pagi di Malaysia).

Muhyiddin diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Beliau dijadual menghadiri majlis jamuan rasmi pada Khamis malam selepas majlis itu sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Erdogan akan menjadi presiden pertama Turki yang dipilih rakyat berikutan kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada 10 Ogos, 2014. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment