Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

HULU TERENGGANU - 2014 menyaksikan negara diuji dengan pelbagai isu tempatan dan antarabangsa, namun dugaan itu tidak melunturkan semangat rakyat untuk kekal bersatu serta maju dalam sebuah negara merdeka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, bertepatan dengan tema kemerdekaan tahun ini ‘Malaysia,

Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’, ia diharap dapat menyemarakkan lagi perpaduan dan rasa kecintaan pada tanah air.

“Kita akui pelbagai dugaan dihadapi negara sepanjang tahun ini termasuk pencerobohan dan penculikan di Sabah, tragedi kehilangan pesawat MH370 dan terbaru nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine.

“Cabaran dan ujian tersebut tidak akan melunturkan semangat rakyat untuk terus kekal bersatu serta hidup penuh perpaduan," katanya kepada pemberita selepas Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Hulu Terengganu, semalam.

Jailani berkata, sebagai menzahirkan semangat merdeka dan cintakan negara, beliau berharap orang ramai dapat turut sama mengibarkan Jalur Gemilang.

"Rakyat Malaysia cukup bertuah kerana masih dapat hidup harmoni dalam  sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik dan ekonomi," katanya.

Beliau berkata, kementeriannya akan terus melaksanakan program semarak kemerdekaan untuk menyemai dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan generasi baharu walaupun selepas sambutan Hari Kemerdekaan.

Program di Dataran Kuala Berang itu turut membabitkan 57 Proton Exora bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, selain dimeriahkan dengan pameran daripada pelbagai jabatan termasuk Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin.

Terdahulu, Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu diiringi Ketua Puteri Umno Hulu Terengganu, Rozita Ismail mengagihkan Jalur Gemilang di pasar pagi (Hari Giliran) Kuala Berang. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment