Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, August 17, 2014

No Comment

SUMPAHAN David Moyes berterusan di Old Trafford apabila pengurus baharu, Louis van Gaal gagal mengembalikan kecemerlangan Manchester United di gelanggang sendiri pada aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2014/15.

Aksi sumbang United yang tewas kepada Swansea City malam tadi mencetuskan panik kepada penyokong setia United sekali gus mempersoalkan kewibawaan terhadap pengurus yang berjaya membantu pasukan kebangsaan Belanda meraih tempat ketiga Piala Dunia Brazil.

Dalam perlawanan tersebut, United dimalukan 1-2 di hadapan 75,339 penyokong sendiri.

Ia merupakan kekalahan pertama United kepada Swansea di laman sendiri dalam era bola sepak moden.

The Red Devils yang menjulang trofi Juara-Juara Antarabangsa baru-baru ini seakan terbuai-buai dengan kejayaan itu apabila gagal menyerap asakan bertali arus The Swans.

Pasukan pelawat mengejutkan United pada minit ke-28 menerusi Ki Sung-Yong, namun kapten baharu The Red Devils, Wayne Rooney menyamakan kedudukan m-53.

Bagaimanapun Gylfi Sigurdhsson memastikan mata penuh milik The Swans apabila jaringannya m-72 meranapkan impian United memulakan kempen musim ini dengan penuh bergaya di bawah pengurus baharu. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment