Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 23, 2014

No Comment

KUANTAN – Buat julung kalinya Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menganjurkan Pameran Inovasi dan Teknologi Hijau (IGE 2014) melibatkan penyertaan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Pengerusi pameran IGE, Profesor Madya Dr. Rizalman Mamat berkata, pameran yang berlangsung Selasa depan itu bertujuan memupuk budaya idea kreatif di kalangan komuniti dalam menghasilkan produk berteraskan penjimatan dan mesra alam.

“Selain itu juga, ia bertujuan melahirkan penyelidik di kalangan pelajar sekolah selain mewujudkan hubungan baik antara UMP bersama institusi pendidikan yang lain serta masyarakat setempat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang berkunjung bakal menyaksikan penghasilan produk reka cipta berinovasi termasuklah produk ’Smart Green Watering System’, ’Eco-Air Purifier’, ’2R Cutting Waste’ dan ’Eco-Rain Design of Harvesting Rainwater’.

Beliau berkata pada masa sama, Pusat Kejuruteraan Automotif UMP akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Inovasi Automotif dan Kenderaan Tenaga Hijau.

Antara pembentang kertas kerja pada persidangan itu ialah Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd., Datuk Aminar Rashid Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Automotive Institute, Mohammad Madani Sahari. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment