Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 14, 2014

No Comment


CYBERJAYA: Kereta elektrik(EV) pertama Malaysia bakal  dilancarkan pada 2017, sama ada oleh Proton Holdings Bhd atau pembuat kereta tempatan yang lain, dengan harga yang amat menakjubkan iaitu kurang dari RM100,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) , Madani Sahari berkata harga sebegitu rendah tidak mustahil kerana keseluruhan projek, termasuk pembinaan infrastruktur dan pengeluaran bateri lithium-ion boleh dihasilkan secara tempatan.

Beliau berkata Proton kini sedang membangunkan EV mereka dan akan menghasilkan prototaip menjelang akhir tahun depan.

"Proton dijangka memperkenalkan EV pertama pada akhir 2016 atau awal 2017 kerana ia biasanya mengambil masa kira-kira setahun untuk menguji prototaip sebelum kereta itu memasuki fasa pengeluaran," kata Madani selepas sidang akhbar di 2015 Automechanika Kuala Lumpur, di sini , semalam. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment