Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, October 7, 2014

No Comment

Kuala Lumpur: “Jangan keji anak orang, anak kita belum tentu lagi. Jangan hina masa depan orang, nasib kita belum tahu lagi dan jangan suka mengata orang, sebaliknya lebih baik perbaiki diri sendiri.”

Itu luahan pelakon Rozita Che Wan, 41, yang berang dengan tuduhan pihak tertentu kononnya dia bersikap lepas tangan dan tidak mempedulikan tindak-tanduk anak lelakinya, Ammar Affendy, 18, berkongsi gambar di Instagram yang menunjukkannya sedang bersosial di kelab malam, baru-baru ini.

Menurutnya, tuduhan itu satu fitnah yang keterlaluan kerana ia tidak berlaku seperti yang kecoh diperkatakan.

“Apa yang dituduh dalam blog itu satu fitnah melampau. Saya tahulah gerak-geri anak saya. Saya bukannya pertahankan anak secara melulu tanpa usul periksa.

“Saya sendiri mengikuti akaun Instagram dia, jadi saya tahu di mana dia berada dan dengan siapa dia keluar. Lagi pun apa saja dia nak buat, dia akan beritahu saya dulu.


“Itu bukan bermakna saya tetap melindungi kesalahan anak kalau betul dia buat salah, tapi kalau dia tak buat, saya kenalah tegakkan perkara yang benar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rozita berkata demikian bagi mengulas ‘serangan’ di Internet dan blog yang menuduh anak sulungnya, Ammar Affendy bermegah-megah berkongsi gambarnya di Instagram sedang bersosial di kelab malam, baru-baru ini.  ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment