Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 2, 2014

No Comment

Kuala Lumpur: Polis mendapat petunjuk positif selain mengesahkan kumpulan penjenayah yang menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) adalah warga Amerika Latin berdasarkan bukti ditemui pada sebuah kereta digunakan suspek.

Sumber polis berkata, kereta itu disyaki dinaiki suspek untuk melakukan jenayah terbabit di sebuah bank di selatan tanah air pada Jumaat lalu.

“Kenderaan itu sudah dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. 

“Polis turut menemui beberapa petunjuk lain yang diperoleh di lokasi kejadian hasil pemeriksaan pasukan forensik untuk membantu siasatan ini,” katanya.

Menurutnya, setakat ini terdapat 15 gambar diperoleh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diserahkan pihak bank.

“Bagaimanapun jumlah itu belum dapat dipastikan kerana ada suspek yang berperanan untuk menggodam lebih daripada satu mesin ATM.

“Lebih licik, mereka juga turut bermain ‘silap mata’ apabila menukar pakaian setiap kali membuat pengeluaran untuk mengelirukan polis yang menjalankan siasatan sekaligus mengambil masa untuk membuat pengecaman,” katanya. 

Difahamkan sebelum ini penjenayah warga Amerika Latin pernah dikaitkan dengan jenayah tepuk bahu di mesin ATM dan rompakan mesin ATM di negara ini.

Sementara itu Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Komersial) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Wira Hamza Taib berkata, pihak PDRM akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengumpul maklumat berhubung kegiatan jenayah dilakukan sindiket itu.  ─ myMetro online

0 comments:

Post a Comment