Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 9, 2014

No Comment


Johor Bharu - Satu video yang merakamkan kejadian ragut yang berlaku di Taman Molek, Johor Bharu telah menjadi viral baru-baru ini.

Menurut apa yang dirakam didalam rakaman cctv tersebut, seorang wanita sedang menjamu selera di bahagian luar sebuah restoran. Secara tiba-tiba seorang lelaki memakai topi keledar menyentak beg tangan yang berada bersama wanita berkenaan.

Orang ramai yang berada berdekatan cuba mengejar peragut berkenaan tapi tidak sempat. Mungkin sudah ada rakan kepada si peragut sudah menunggu dengan motosikal beberapa meter dari tempat kejadian.


Peragut ni kalau nak meragut memang tak mengenal masa orang nak makan ke apa ke. Kepada wanita-wanita di luar sana, berhati-hatilah dengan makhluk perosak ini. Jelas mereka ni menjadikan wanita sebagai mangsa utama bagi kegiatan keji mereka ini. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment