Jika nak dibandingkan nama Ana Dahlia dengan pelakon wanita lain, dia tidaklah begitu menonjol berbanding aktres seperti Tiz Zaqyah, Nelydia Senrose mahupun Fasha Sandha.
Namun, Ana telah berjaya menembusi senarai pencalonan top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABP 2013) bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular.
Bersaing bersama-sama nama besar lain seperti Fasha, Neelofa, Raja Ilya dan juga Siti Saleha, Ana menyatakan rasa tidak percayanya dengan pencalonan tersebut.
Memetik portal Murai, Ana menyatakan, “saya tak pasti drama mana yang telah mempopularkan nama saya. Mungkin drama TV3 atau Astro. Saya tak pasti. Tapi sudah tercalon ini sudah pun sudah kira bersyukur buat saya. Alhamdulilah”.
Menurut bekas menantu Chef Wan ini juga, mungkin pencalonannya adalah disebabkan kerja kerasnya berlakon siang malam sepanjang tahun lalu walaupun namanya kurang diberi publisiti meluas melalui media elektronik mahupun media cetak.
0 comments:
Post a Comment