Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, January 25, 2014


LONDON – Lukas Podolski menyumbatkan dua gol pada babak pertama untuk menyuntik kemenangan 4-0 Arsenal ke atas kelab bahagian tiga, Coventry pada saingan pusingan keempat Piala FA Inggeris, awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang menyaksikan penguasaan Arsenal sejak dari wisel permulaan, Podolski pantas meletakkan tuan rumah di depan hasil jaringan pada minit ke-15 dengan penyudah kemas hasil hantaran cantik oleh Mesut Ozil.

Dia kemudiannya menambah jaringan peribadi dengan tandukan cantik hasil sepakan sudut pada minit ke-27.

Kemenangan ternyata berada dalam genggaman selepas Arsenal menambah dua lagi gol menerusi pemain gantian, Olivier Giroud pada minit ke-85 selepas masuk menggantikan Podolski lima minit sebelum itu.

Santi Cazorla kemudiannya menjaringkan gol keempat tuan rumah. – AP

0 comments:

Post a Comment