Pelakon Cico Harahap mengakui dirinya kini sudah bertunang dengan seorang gadis berketurunan Cina selepas tiga tahun menduda.
Namun, apa yang menariknya, gadis yang tidak didedahkan namanya itu, belum lagi memeluk agama Islam seperti mana kebiasaan individu lain yang bercinta dengan orang beragama Islam.
Mengulas mengenai perkara itu, Cico menerusi sebuah akhbar harian, menyatakan, “status bertunang ini sebenarnya hanya mahu mengikat janji. Itu sahaja. Jadi tidak bermakna dia tidak peluk Islam, maka saya tidak boleh bertunang dengan dia”.
Sebaliknya, Cico mahu memastikan tunangnya itu betul-betul bersedia dan mengenali Islam dengan lebih mendalam dan niatnya untuk memeluk Islam bukanlah hanya sekadar mahu berkahwin dengan Cico sahaja.
Anak kepada penyanyi veteran Uji Rashid ini juga mendedahkan tiada sebarang perancangan untuk berkahwin kerana dirinya mahu terlebih dahulu memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjayanya.
Hasil perkahwinan terdahulu, Cico telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rindu Nur Fitrah, lima tahun.
0 comments:
Post a Comment