Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

Walaupun sudah bernikah hampir tiga bulan lalu, pelakon Diana Amir mengakui dia dan suaminya, Habib Bullah masih belum berkesempatan untuk berbulan madu.

Ini berikutan jadual kerja kedua-duanya yang padat membataskan perkara itu.

Selain itu, Diana juga mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas bergelar isteri kepada bekas pensyarah universiti awam itu.

“Alhamdulillah, kehidupan selepas berkahwin tenang dan mudah. Walaupun baru dua bulan saya mendirikan rumah tangga, jadual kami masing-masing padat. Kami baru nak pindah rumah. Sampai bulan madu pun kami belum berkesempatan lagi,” katanya memetik laporan Gua.

Seperti biasa, Diana juga tidak terkecuali daripada ditanyakan soalan mengenai anak.

Mengulas mengenai perkara itu, pelakon berusia 28 tahun itu mengatakan dia dan suami tidak pernah merancang perkara tersebut.

“Saya dan suami memang sukakan kanak-kanak, namun sehingga sekarang, saya masih lagi belum ada tanda-tanda kehamilan. Orang cakap, selain berusaha, pasangan suami isteri harus banyakkan berehat jika mahu menimang cahaya mata dengan cepat,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, Diana merancang untuk pergi bercuti dalam jangka masa terdekat ini bersama-sama suami tercinta.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment