SUNGAI BULOH – “Saya tengok dia keluarkan buku dan alat tulis daripada beg sekolah dan memasukkan baju. Dia buat begitu dalam keadaan tergesa-gesa. Bila saya tanya hendak ke mana, dia tak jawab.
“Itulah kali terakhir saya melihatnya,” kata Salmah Aman, 60, nenek kepada Mohd Safit Johan yang ditemui mati bersama rakannya, J Eshwaran, di dalam parit di belakang Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Subang Perdana, di sini, semalam.
Mayat dua kanak-kanak berusia lapan tahun ditemui berasingan pada jam 5.30 pagi dan 6.45 pagi semalam oleh anggota bomba yang melakukan operasi mencari selepas kehilangan mereka dilaporkan keluarga masing-masing.
Salmah berkata, dia melihat cucu bongsunya memasukkan baju ke dalam beg sekolah kira-kira jam 4.30 petang kelmarin sebelum kanak-kanak itu keluar rumah.
“Sebaik saja menyimpan baju dalam beg, Safit terus meninggalkan rumah bersama rakannya (Eshwaran) dan saya menyangka mereka keluar bermain seperti biasa. – Harian Metro
0 comments:
Post a Comment