SUSULAN artikel SiakapKeli.com berkaitan gerai menjual daging babi salai di atas pejalan kaki berhadapan Jalan Dwi Tasik 1 baru-baru ini, hari ini sepasukan anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan tinjauan dengan sebuah lori pengangkut.
Menurut seorang anggota penguatkuasa yang enggan namanya disiarkan, sepatutnya gerai berkenaan disita dan dirampas hari ini tetapi selepas pemiliknya menunjukkan surat permohonan lesen, tindakan itu tidak dikuatkuasakan.
Begitu mudahnya, anggota penguatkuasa DBKL melepaskan peniaga hanya selepas peniaga menunjukkan surat permohonan lesen yang menurutnya masih dalam proses dan belum lagi diberikan kelulusan.
Katanya, memandangkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina bakal tiba pada 31 Januari depan, ada peniaga yang bertindak memulakan perniagaan mereka awal kerana proses menunggu kelulusan yang agak lama.
Beliau berkata, kedatangan anggota penguatkuasa ke premis itu kerana pihak DBKL menerima aduan orang ramai mendakwa peniaga bertindak memanggang daging babi di premis itu sehingga mengganggu orang awam bau daging babi.
Yang menghairankan, dalam artikel lepas jelas kami memperlihatkan peralatan memanggang yang ada di gerai itu yang pada hari ini tidak kelihatan langsung di gerai mereka.
Adakah pihak tertentu yang mengetahui kedatangan anggota penguatkuasa telah memaklumkan kepada peniaga berkenaan lebih awal supaya alat pemanggang daging itu disorok atau disembunyikan?
Penulis yang menunjukkan bukti ada perbuatan memanggang dilakukan di premis itu seperti tidak dipandang serius oleh anggota berkenaan.
Menurut anggota berkenaan, beliau turut simpati apabila peniaga itu memaklumkan mereka berniaga untuk mencari wang membiayai pembedahan seorang anaknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Dengan cerita menyedihkan seperti ini, anggota DBKL sudah boleh membuat keputusan tidak mengambil tindakan.
Bagaimanapun premsi berkenaan di saman hari ini menjadikan saman yang sudah diterimanya ialah sebanyak tiga kali.
Bagaimana dengan rayuan beberapa peniaga Melayu di sekitar ibu kota yang berniaga demi sesuap nasi tetapi dirampas dan disita gerai mereka tanpa belas kasihan oleh DBKL?
Gerai menjual daging babi salai itu memohon permit perniagaan sementara untuk Tahun Baru Cina dan gerai itu akan ditutup dan kawasan itu akan dikosongkan selepas 31 Januari depan.
Anggota berkenaan berkata jika pada masa itu, gerai itu masih berada di lokasi berkenaan ia akan dirampas. – KUMBANG WIRA
0 comments:
Post a Comment