DUNIA menyaksikan salah seorang mahkluk yang paling kejam di dunia, dikenali sebagai ‘penyembelih’ rakyat Palestin, Arial Sharon akhirnya mati setelah lapan tahun koma atau tidak sedarkan diri di katil Pusat Perubatan Sheva, dekat Tel Aviv, Israel Sabtu lalu.
Antara kekejaman dan kezaliman Sharon yang tidak dapat dilupakan hingga ke hari ini adalah ketika perang Lubnan pada tahun 1982.
Sharon bertanggungjawab dalam pembunuhan beribu rakyat di Sabra dan Shatila.
Kekejaman Ariel Sharon pernah dilihat oleh seorang saksi yang juga seorang pengarah filem dokumentari ketika membuat liputan dan pengambaran di sana.
Dia melihat Sharon membunuh dua kanak-kanak warga Palestin dengan menembak dari jarak 10 meter di Kem Pelarian Sabra-Shatilla.
Ketika itu Sharon merupakan Menteri Pertahanan Israel.
Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di Kem Pelarian Sabra-Shatilla tidak mungkin dilupakan dalam sejarah kemanusiaan.
Serangan selama tiga hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Sharon jatuh koma selama lapan tahun sejak 4 Januari 2006 akibat diserang angin ahmar.
Ariel Sharon jadi Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006.
Akhbar Australia, The Age tiga tahun lalu pernah melaporkan yang tubuh Sharon semakin hari semakin membusuk sewaktu terlantar di hospital.
” Dia terlantar di sebuah bilik khas yang mempunyai dua buah katil di Pusat Perubatan Sheba. Satu pasukan jururawat akan sentiasa bergilir menggerak-gerakkan tubuhnya bagi menghalang pembentukan luka dan kudis. Makanannya akan disalurkan melalui tiub khas. Ketika ini Arial Sharon yang terkenal dengan kegemukannya itu hanya tinggal sekitar 50 kilogram saja. Setiap hari dua orang anaknya iaitu Omri dan Gilad akan menjenguk bapa mereka.
” Setiap malam dia akan dipakaikan topeng oksigen dan kos rawatannya dah mencecah AS$400,000 setahun.
” Otaknya hanya tinggal sebesar buah anggur, sebahagian fungsi itulah yang membolehkan tubuhnya masih berfungsi, tapi selebihnya tiada apa-apa lagi. Yang tinggal hanyalah cairan,” menurut akhbar itu
Apa pun ketika berita ini ditulis, satu majlis penghormatan sedang berlangsung di ibu negara Israel.
Mengikut perancangan, selepas selesai majlis itu, yang turut disertai pemimpin negara sekutunya terutama Amerika Syarikat, mayat Sharon akan dibawa Sycamore Ranch, yang terletak di bukit Anemone untuk dikebumikan bersebelahan kubur isterinya, Lily.
Disitulah Sharon akan disemadikan di ‘istana’ barunya kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan.
“ Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatnya, dan menyiapkan baginya azab yang besar.” – Surah An-Nisa’: 93.
Arial Sharon akan bertemu Tuhannya yang sebenar, kembali ke Penciptanya yang sebenar, dan menerima ‘habuan’ atas perbuatannya selama ini!
Yahudi bangsa yang sombong dan hina..
ReplyDelete