SETIAP kali seorang pemain bolasepak menjaringkan gol, pelbagai cara mereka akan lakukan untuk meraikan jaringan berkenaan.
Biasanya mereka akan berlari ke arah penyokong dan mengangkat kedua-dua belah tangan disambut dengan sorakan meriah para penyokong.
Bagaimana agaknya seorang pemain menjaringkan gol ketika tiada penyokong pasukannya hadir memberi sokongan dan bermain pula di tempat lawan.
Dalam satu video di laman Facebook Astro Arena, ia menunjukkan cara seorang pemain Castleton City yang bermain untuk liga bawahan di England meraikan gol jaringannya.
Ia dijaringkan ketika menentang FC United dan ia adalah gol pertama bagi pasukannya yang ketika itu sudah pun ketinggalan 0-3.
Ia dijaringkan oleh Russel untuk menjadikan kedudukan 1-3.
Yang penting, cara beliau meraikan jaringannya itu amat kreatif. – IBNU K
0 comments:
Post a Comment