Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 12, 2014

One Comment

BERA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) diarah menghentikan eksport ikan sehingga Mac depan, dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan selain mengawal kenaikan harga.

Menyatakan demikian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam masa sama NEKMAT juga dibenarkan mengimport lebih banyak ikan bagi memenuhi permintaan dalam negara.

“Kebiasaannya bekalan ikan tempatan dieksport ke Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain.

“Tapi pada musim tengkujuh sekarang ramai nelayan terutamanya nelayan zon A membabitkan seramai lebih 35,000 orang tidak ke laut pada musim tengkujuh kerana laut bergelora.

“Kita mengarahkan NEKMAT menghentikan eksport enam jenis ikan iaitu ikan kembung, selar, kerisi, cencaru, tamban dan ikan selar kuning,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Kedai Ikan Murah” di Kerayong, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak 50 buah pasar ikan nelayan akan diwujudkan di seluruh negara pada tahun ini.

“Setakat ini 25 buah pasar itu telah beroperasi, tujuannya bagi membolehkan ikan yang didaratkan nelayan dapat diniagakan oleh nelayan sendiri atau keluarga mereka, selain dapat membendung kegiatan orang tengah yang mengaut untung berlebihan,” katanya.

Selain itu beliau berkata kementeriannya juga berhasrat menjadikan pasar tani sebagai pasar harian.

Sehingga kini, sebanyak 513 buah pasar tani Fama dibuka di seluruh negara dan sasaran 1,000 buah pasar sama akan dibuka hingga tahun depan dalam usaha kerajaan membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih murah dan berpatutan. – BERNAMA

1 comments:

  1. Tahniah atas daya usaha mewujudkan pasar ikan nelayan di seluruh negar bagi membolehkan nelayan2 memasarkan ikan2 terus kepada pembeli. Justeru dicadangkan agar setiap pasar tersebut disediakan sebuah bilik sejuk bagi membolehkan ikan2 yg tidak habis dijual disimpan, serta pihak NEKMAT sendiri dapat menyediakan stok stok ikan sebagai persediaan pasaran apabila tiba musim tengkujuh.

    ReplyDelete