Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 21, 2014

No Comment
Keadaan kilang yang hangus terbakar.

SELAYANG - Salakan anjing menyedarkan seorang pengawal keselamatan berlakunya kebakaran sebuah kilang baik pulih kenderaan tuntutan insurans di hadapan rumahnya sebelum mendapatkan bantuan bomba.

Pengawal keselamatan berkenaan, Abd Rani Md Tahir, 60-an berkata, dia pulang ke rumah sebentar untuk menunaikan solat Maghrib.

Bagaimanapun, bunyi salakan anjing menyebabkan dia keluar dari rumah meninjau keadaan kilang.

“Ketika itu saya lihat api telah marak lalu bertindak membuka pagar menyelamatkan anjing bagaimanapun tidak dapat memasuki kilang kerana berkunci.

“Saya ketika itu baru selesai solat Maghrib dan bercadang menunggu Isyak sebelum pergi ke kilang semula, tapi tak sempat apabila ia tiba-tiba terbakar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, pemilik kilang yang telah beroperasi lebih sepuluh tahun kerugian jutaan ringgit selepas kilang terletak  di Jalan 3, Kampung Selayang Indah, semalam hangus 90 peratus.

Penyelia kilang, Roslinda kadir, 40, berkata, hanya sepuluh kenderaan berjaya diselamatkan sementara yang lain kebanyakannya kereta mewah musnah.

“Kami tutup operasi jam 6 petang dan menerima panggilan jam 8 malam oleh pengawal keselamatan sejurus kebakaran.

“Tiada kecederaan dilaporkan kerana bengkel telah ditutup ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bomba Zon 6 Selangor, Mohd Haikal Md kasri berkata, anggaran awal kenderaan yang berada dalam bengkel adalah 100, namun yang dikenal pasti terbakar adalah 75 sementara
selebihnya dapat diselamatkan.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan jam 8.08 malam sebelum tiba di lokasi empat minit kemudian dan berjaya dikawal jam 8.38 serta padam sepenuhnya jam 9.30 malam.

“Punca awal masih masih dalam siasatan dan jumlah keseluruhan kenderaan terlibat belum dipastikan sepenuhnya kerana faktor keadaan yang gelap," katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment