NEW DELHI – Kematian isteri seorang menteri di India sehari selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya dipercayai berpunca daripada pengambilan dadah dalam dos berlebihan, menurut laporan autopsi, kelmarin.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan, kesimpulan mengenai punca kematian akan diputuskan dan laporannya akan diserahkan kepada polis untuk menentukan sama ada mereka mahu menjalankan siasatan lanjut atau tidak.
Jumaat lalu, Menteri Pembangunan Sumber Manusia India, Shashi Tharoor, 57, menemui mayat isterinya, Sunanda Pushkar di bilik hotel mereka selepas beliau pulang dari menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kongres All India.
Susulan daripada insiden itu, bekas diplomat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tersebut bersetuju memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selain menggesa satu siasatan berhubung kematian isterinya dibuat bagi menghentikan spekulasi liar yang disebarkan oleh media pada masa ini
0 comments:
Post a Comment