KUALA LUMPUR – Maxis Bhd melancarkan perkhidmatan 4G Hotlink yang membolehkan pelanggan prabayar menikmati Internet lebih laju berbanding rangkaian 4G pertama dan paling luas di Malaysia.
Ketua Bahagian Perniagaan Pelanggannya Dushyan Vaithiyanathan berkata 4G Hotlink merupakan kemajuan semula jadi dan bermakna untuk pelanggan memandangkan mereka dapat menikmati pengalaman yang lebih baik.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata semua pelanggan hanya perlu membeli pek SIM #Hotlink berharga RM8.80 dan membuat pertukaran SIM 4G di Pusat Maxis di seluruh negara.
Mereka kemudian perlu melanggan pas Internet mudah alih pada kadar 1GB atau 3GB bulanan, masing-masing berharga RM30 dan RM68 untuk menikmati kelajuan rangkaian 4G Maxis.
Untuk melanggan pas berkenaan, pelanggan perlu mendail *100# daripada telefon pintar, dan mereka dan juga mendapat 50 peratus lebih data, jika membeli pas Internet mudah alih bulanan itu mulai hari ini hingga 28 Feb. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment