Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, January 14, 2014

No Comment

MIC hari ini menuntut tindakan dikenakan ke atas individu yang telah menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam sebuah mesyuarat di Hulu Selangor semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor, Shanker Raj Ayanger meluahkan rasa kekecewaan terhadap kelakukan individu berkenaan yang merupakan ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor dan meminta pihak polis mengambil tindakan segera.

“Lelaki itu telah membawa malu kepada seluruh sayap Pemuda Barisan Nasional atas tindakannya, barisan kempimpinan UMNO juga perlu masuk campur  dan mengambil tindakan ke atasnya.

“Dia juga harus diarahkan untuk membuat permintaan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” kata Shanker.

Insiden tumbukan itu berlaku ketika mesyuarat Bahagian UMNO Hulu Selangor semalam, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kamalanathan diserang kerana lelaki itu marah apabila permohonannya bagi membolehkan menantunya seorang guru, ditukarkan dari sebuah sekolah di Johor ke Hulu Selangor diluluskan.

Kamalanathan memberitahu lelaki itu bahawa beliau hanya mampu memberikan sokongan dan tidak menjamin 100 peratus bahawa menantunya akan dapat dipindahkan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Cif Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan telah membuat laporan polis dan kini pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

0 comments:

Post a Comment