MASIH belum reda isu Anwar Ibrahim dihalang masuk ke Jepun. Dalam isu ini, pemimpin-pemimpin PKR mula meroyan.
Latifah Koya menyalahkan Kerajaan Malaysia manakala ada pemimpin PKR yang menyerahkan memorandum bantahan di pejabat kedutaan Jepun.
Dalam PKR dan Anwar dok salahkan orang lain termasuk Kerajaan Malaysia dan Jepun, PKR terlupa bahawa parti tersebut bersama-sama PAS pernah fitnah Kerajaan Jepun dalam isu pampasan buruh paksa. Perkara ini didedahkan oleh blog MiM:
Jika kita perhatikan isu-isu yang berlaku pada tahun 2013, terdapat satu isu berunsur fitnah yang dimain-mainkan oleh kepimpinan PAS dan PKR sehingga menyebabkan campur tangan Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
Kedutaan Jepun terpaksa menafikan fitnah rakan sejawat Anwar Ibrahim. Fitnah tersebut kononnya pihak Jepun telah membayar Putrjaya RM207 bilion sebagai pampasan untuk mangsa projek "Landasan Maut " semasa Perang Dunia ke dua.
Takaharu Suegami, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menegaskan adalah salah untuk mencadangkan bahawa Malaysia menerima pampasan lumayan sebegitu.
Beliau terkejut dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang mendakwa Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia dalam tahun 90-an.
"Mereka mendakwa angka RM207 bilion, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah itu. Kami tidak mempunyai apa-apa rekod transaksi wang antara kerajaan Jepun dan Malaysia," katanya.
Pampasan itu didakwa adalah untuk 30,000 keluarga mangsa yang terbabit dalam pembinaan landasan maut di Myanmar (dahulunya Burma) ketika Jepun menakluki rantau ini semasa Perang Dunia ke dua.
Baca seterusnya di sini : http://novandri.blogspot.com/2014/01/terkini-berita-di-sebalik-anwar.html
Jika Anwar lupa, MyMassa boleh sertakan kenyataannya berkenaan isu tersebut.
0 comments:
Post a Comment