Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 1, 2014

No Comment

HAWAI – Seorang wanita yang mempunyai nama yang panjang akhirnya berjaya memperoleh lesen memandu dan kad pengenalan baru dengan nama tersebut.

Janice Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele, 54, berkata, dia kini gembira kerana namanya boleh tertera di kad terbabit.

Ia hasil kempen yang dijalankannya supaya pihak berkuasa menukar polisi dengan membenarkan nama yang panjang di dalam kad tersebut.

“Kini di Hawai, kami bukan lagi penduduk kelas kedua hanya disebabkan kami mempunyai nama yang panjang,’’ katanya.

Sebelum ini nama yang tertera pada lesen memandunya adalah Janice `Lokelani’ namun setelah polisi itu ditukar, jumlah huruf yang dibenarkan dipaparkan dalam kad itu adalah 40 huruf untuk nama pertama dan 35 huruf untuk nama tengah.

Keihanaikukauakahihuliheekahaunaele yang mendapat nama berkenaan selepas berkahwin pada 1992 berkata nama itu mempunyai maksud yang panjang.

“Ia bermaksud `apabila terdapat kekecohan atau kekeliruan, anda yang terpilih untuk membantu orang ramai keluar daripada kemelut tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata, selepas suaminya meninggal dunia pada 2008, dia berdepan dengan isu dokumentasi yang sama.

“Mendiang suami saya selalu berdepan dengan masalah kerana orang ramai akan memendekkan nama berkenaan,’’ katanya.

0 comments:

Post a Comment