Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, January 2, 2014

No Comment


Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berserta dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bertindak segera ke atas pemegang akuan fanpage 1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib di Facebook kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membawa kesan negatif kepada negara.

Terkini, pemilik akuan itu memuat naik status bahawa rusuhan sedang berlaku di Jalan Masjid India.

Walaupun niatnya mungkin mahu menyindir kerajaan (kerana ia page pro pembangkang walaupun kononnya menyatakan sokongan kepada Najib), namun jika perkara ini dibiarkan berterusan, takut akan mewujudkan suasana membahaya suatu hari nanti.

Penulis mencadangkan tindakan bukan kerana ia page pembangkang tetapi melihat pemilik page itu kerap memainkan sentimen perkauman yang teruk terutama dalam hubungan antara kaum dan mereka-reka benda yang tidak wujud.

Perbuatan terkini menyebarkan berita bahawa sedang berlaku rusuhan di Kuala Lumpur itu tidak sepatutnya dipandang sepi oleh pihak berkuasa.

Semua pihak tahu kuasa media baru yang boleh menghangatkan atau viral sesuatu isu itu dalam masa yang singkat. Silap hari ramai yang panik ingat betul-betul berlaku rusuhan di Kuala Lumpur.

Begitu nyata pemilik akaun itu bersikap menghasut yang merupakan kesalahan besar dalam undang-undang negara.

PDRM dan SKMM jangan bila sudah terhantuk baru mahu kecoh… bertindak dari sekarang.

0 comments:

Post a Comment