LONDON – Manchester City melangkah ke final Piala Liga Inggeris dengan bergaya selepas menang 3-0 ke atas West Ham pada suku akhir kedua, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Manuel Pellegrini itu merakan kemenangan agregat 9-0 dengan menyaksikan pertemuan separuh akhir yang berat sebelah.
Dengan itu, City mara ke Stadium Wembley selepas menang pusingan pertama 6-0 ke atas West Ham 6-0 di Eastlands.
Alvaro Negredo dan Sergio Aguero masing-masing menyumbat gol sebelum separuh masa pertama.
Derita West Ham ditambah menerusi jaringan kedua Negredo pada minit ke-59 untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Lawan City pada final akan ditentukan esok pagi pertembungan antara Manchester United dengan Sunderland.
Pada pertemuan pertama, Sunderland menang 2-1 ke atas United. – AFP
0 comments:
Post a Comment