DALAM usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat berfikiran secara luas dan terbuka, parti pembangkang dan penyokongnya serta konco-konconya giat menyuruh agar rakyat terus berfikiran sempit.
Hari ini pembangkang dilihat memanipulasi satu ayat dalam ucapan Najib pada majlis penyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, Terengganu.
Dalam ucapannya Najib berkata terdapat barang keperluan pada ketika ini harganya sudah pun menurun di pasaran dan beliau menggunakan sayur kangkung sebagai contoh antara produk makanan yang sudah pun turun harganya.
“Ada (barangan) yang dah turun.. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila turun kenapa tak puji kerajaan? Masa naik dipersalahkan kerajaan..,” dalam ucapannya pada majlis itu semalam.
Parti pembangkang memang cerdik dalam memperbodohkan rakyat Malaysia yang buta dan enggan berfikiran luas dalam usaha memperbaiki hidup mereka.
Pada golongan yang tidak suka berubah dan memberontak inilah pembangkang menanam doktrin kebencian terutamanya dalam tidak menyokong kerajaan dalam apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Najib.
Begitu pandai mereka menggunakan bahagian “kangkung” dalam ucapan Perdana Menteri untuk mengajak rakyat mengkeji dan menghina Najib kerana didakwa menghina rakyat dengan memakan kangkung.
Najib hanya mengambil kangkung sebagai satu contoh kecil berbanding banyak lagi harga barangan keperluan harian yang telah diturunkn harganya terutamanya oleh pusat membeli-belah pasaraya besar di seluruh negara.
Kini pasar raya besar berlumba-lumba dalam menawarkan harga rendah terutamanya ketika harga barangan kebanyakannya meningkat pada ketika ini.
Dalam ucapan Perdana Menteri, beliau hanya meminta rakyat melihat dan menggunakan apa yang kerajaan sudah laksanakan dalam memastikan rakyat dapat hidup selesa.
Sebagai contoh, tempoh mendaftar bagi memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang telah dibuka tidak pun digunakan sepenuhnya oleh mereka yang layak untuk mendaftar dan mendapatkannya.
Dek kerana dakyah pembangkang, orang-orang seperti ini lebih suka mengutuk kerajaan terus menerus daripada bertindak segera menggunakan segala kemudahan yang diberikan oleh kerajaan.
Bila diri sendiri tidak mendapat BR1M nanti, golongan yang sama juga akan mengkritik kerajaan dan menuduh kerajaan memilih kasih kerana mereka tidak menerima bantuan itu.
Padahal, diri sendiri yang tidak mengambil inisiatif untuk mengisi borang, mendaftar serta mengemaskini permohonan yang telah mereka lakukan.
Jadilah seperti hari ini apabila ramai yang mengkritik kerajaan hanya kerana perkataan ‘kangkung’ yang digunakan Najib dalam ucapannya.
Mesej yang cuba disampaikan oleh Najib ialah, bukan sahaja kangkung yang sudah menurun harganya, sebaliknya orang ramai perlu peka dan meninjau di sana sini untuk mencari harga terbaik, itulah tindakan bijak seorang pengguna. – IBNU K
0 comments:
Post a Comment