Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof yang baru sahaja merisik kekasih hatinya, Puteri Sarah Liyana, Ahad lalu dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu pada bulan Februari depan.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail kepada mStar, semalam.
“InsyaAllah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu,” katanya.
Menurut Patimah lagi, Syamsul menyatakan kepadanya, sepanjang Syamsul mengerjakan umrah, dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuat hati anaknya itu lebih yakin untuk memperisterikan Puteri Sarah.
Sementara itu, sebagai ibu, Patimah menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan anak keduanya itu juga adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.
Sama-samalah kita doakan semoga hajat baik mereka berdua diberkati dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat kedua-dua bakal mempelai!
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment