Penutup tahun 2013 telah dicemari dengan perhimpunan peserta TURUN Kos Sara Hidup yang berlangsung di Dataran Merdeka, semalam.
Walaupun pada mulanya keadaan tenang dan lengang di situ, namun menjelang jam 11.30 malam, peserta-peserta TURUN dilaporkan telah melepasi tiga halangan polis selain bertindak menyerbu masuk ke lokasi bersejarah itu.
Disebabkan perbuatan mereka itu juga, acara konsert yang sedang dijalankan pada ketika itu dan pertunjukan bunga api yang dirancang sempena sambutan tahun baru telah dibatalkan serta-merta.
Ini adalah kali pertama mana-mana perhimpunan dirakamkan sepenuhnya dari udara. Pembaca diajak menilai sendiri apa yang berlaku dan kemeriahan perhimpunan berkenaan.
0 comments:
Post a Comment