KUANTAN – Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Jalan Mempateh-Lanchang, dekat Temerloh semalam.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata mangsa yang maut ialah Aniza Abd Karim, 44, yang merupakan pemandu kereta terbabit sementara Zulkifli Bundin, 47, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan, cedera parah.
Dalam kejadian pada pukul 1.37 tengah hari itu, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari Mempateh menghala ke Lanchang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori terbabit dan menyebabkan pemandu tersepit di tempat duduk, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat dan penumpang yang parah turut dirawat di hospital sama, katanya. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment