Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014


Berat sebenarnya mulutnya untuk mengatakan yang dia sudah betul-betul bersedia mahu bergelar isteri kerana soal jodoh bukan ditentukan oleh dirinya sebaliknya diserahkan kepada yang Maha Esa. Sekadar mampu melemparkan tersenyum seketika namun akhirnya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkata,

“Tahun ini, tahun 2014 saya dah buka hati saya untuk berkahwin. Kalau dulu ibu saya selalu bertanya bila saya nak berkahwin, tapi ketika tu saya katakan padanya yang saya belum bersedia. Sekarang ni saya da terfikir dah…InsyaAllah saya dah sedia bergelar isteri”, kata gadis berusia 29 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesyukuran dan sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran MIG bertempat di N’Dah Catering & Services, Shah Alam, malam tadi.

Pemilik nama sebenar Norliana Samsudin ini berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media bilakah dia mahu menamatkan zaman bujangnya.

Ini kerana agak lama juga kisah percintaan pelakon yang pernah mengarahkan filem Selamat Pagi Cinta ini diperkatakan ramai. Dia dikatakan menjalin hubungan cinta dengan adik kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari yang juga seorang pelakon.

Justeru ditanya mengenai perkembanan hubungan mereka, kata Yana, “Kami macam biasa. Dah lima tahun kami berkawan. Saya perempuan, tak boleh lah nak cakap lebih-lebih. Lebih baik tanyakan pada dia (Fadzil)”, tuturnya ringkas sambil tersenyum.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sejauh mana kesahihan dakwaan dia kononnya melakukan pembedaan plastik pada wajahnya, Yana menafikan hal tersebut. Dia juga menolak dakwaan segaja melarikan diri darpada media apabila timbulnya isu ini.

“Saya tak lari daripada media. Sekitar bulan November tahun lalu saya sibuk dengan penggambaran. Kemudian sekembalinya saya daripada menjalani penggambaran Fear Factor Selebriti Malaysia musim baru di Cape Town, saya mengalami penurunan berat badan. Saya juga ada pulang bercuti di kampung kerana nenek saya sakit.

“Masa saya kurus tu, ramai juga yang cakap wajah saya nampak lain tapi saya rasa sama saja. Tapi saya akui saya ada buat gigi iaitu saya ratakan gigi saya. Saya sebenarnya kurang selesa juga dengan gigi baru ni sebab terlalu rata (gelak). Tapi kalau yang lain… (dia sekadar menggelengkan kepala)”, itu reaksi Yana ketika mengulas isu tersebut. – Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment