Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

LONDON – Pakar-pakar penerbangan melahirkan perasaan terkejut mengenai kehilangan pesawat penumpang Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia, lapor akhbar The Guardian semalam.

Ia ekoran pesawat berkenaan memiliki rekod keselamatan yang hampir sempurna.

Perunding keselamatan aviasi yang juga anggota Jawatankuasa Penasihat Keselamatan Penerbangan Awam India, Mohan Ranganathan berkata, “amat, amat” jarang untuk sesebuah pesawat hilang hubungan komunikasi sepenuhnya tanpa sebarang tanda masalah.

“Boeing 777 adalah sebuah pesawat yang amat selamat, saya terkejut,” katanya.

Menurut Mohan, pesawat itu terbang setinggi 10,700 meter dengan data dalam penerbangan menunjukkan ia kehilangan altitud dengan cepat dan berubah haluan.

Seorang lagi pakar penerbangan, Neil Hansford yang merupakan pengerusi firma perundingan Strategic Aviation Solutions berkata: “Boeing 777 memiliki rekod keselamatan antara yang terbaik dalam sejarah.”

“Lebih 1,000 pesawat itu telah dibina manakala cuma 60 insiden telah direkodkan dengan kebanyakannya adalah kemalangan kecil,” kata Hansford.

Menurutnya, kebarangkalian sebuah pesawat mengalami kegagalan kesemua enjin dalam satu masa adalah amat kecil.

“Jika sebuah enjin pesawat itu rosak semasa di udara, ia tidak akan terhempas,” tambah Hansford.

Jelasnya, beliau turut menerima maklumat terdapat pihak yang mendakwa jet komersial itu telah disabotaj atau dibom tetapi menyifatkan spekulasi tersebut sebagai terlalu awal.

“Bagaimana sesiapa boleh tahu tentang perkara ini dengan sebegitu cepat?” ujarnya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment