MELBOURNE – Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata rakyat negara itu berdoa untuk keluarga serta penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilapor hilang awal pagi Sabtu.
“Ingatan dan doa kami bersama penumpang dan keluarga mereka, terutama enam rakyat Australia yang disahkan menaiki pesawat itu,” katanya kepada pemberita, lapor Australian Associated Press pada Ahad.
“Kami juga sedang melihat apa yang boleh kami buat bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Dua pasangan dari Queensland iaitu Catherine dan Robert Lawton, serta Mary dan Rodney Burrows, dan pasangan dari Sydney Li Yuan dan Gu Naijun, antara 239 orang yang berada di dalam pesawat ke Beijing itu yang dilapor hilang di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Pemimpin pembangkang Bill Shorten turut menyuarakan perkara sama.
“Saya percaya ingatan seluruh rakyat Australia bersama keluarga mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment