Menurut laporan media Amerika Syarikat (AS), Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menolak sebarang aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat malang MAS MH370.
FBI dilaporkan telah menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siastan kehilangan pesawat yang dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53.
Penglibatan FBI dalam penyiasatan misteri kehilangan pesawat itu adalah disebabkan tiga daripada penumpang MH370 merupakan rakyat Amerika.
Sehingga kini misi mencari dan menyelamat terus diperluas dengan bantuan daripada negara yang terlibat seperti China, Vietnam, Amerika Syarikat dan juga dari negara jiran, Singapura.
Oleh: AUDREY LEE
0 comments:
Post a Comment