KUALA LUMPUR – Semua masjid di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diarahkan supaya mengadakan solat hajat meminta pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang masih hilang ditemui segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, solat hajat itu perlu dilaksanakan serta merta dan segera sehingga pesawat itu ditemui.
“Saya dan agensi agama Islam Persekutuan bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berkongsi sedih dan berdukacita atas kejadian yang menimpa penerbangan MH370.
“Oleh itu saya mengarahkan masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan mendirikan solat sunat hajat secara berjemaah dengan serta merta sehingga pesawat ditemui, mendoakan agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan Allah,lantas segera menemukan pesawat tersebut,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.
Jamil Khir dalam pada itu turut menyeru semua masjid lain di seluruh negara supaya turut mengadakan solat hajat untuk tujuan sama kerana ia antara sumbangan dan bantuan secara tidak langsung yang boleh disumbangkan.
0 comments:
Post a Comment