SELEPAS 24 jam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, pasukan mencari dan menyelamat masih gagal mengesan lokasi pesawat berkenaan yang terputus hubungan dengan komunikasi menara kawalan pada pukul 2.40 pagi semalam.
Dalam satu kenyataan rasmi hari ini, syarikat MAS kini sedang memberikan bantuan kepada ahli keluarga penumpang termasuk bantuan kewangan segera bagi membantu meringankan beban mereka.
Ia telah menubuhkan sebuah pasukan 94 orang yang mengandungi kakitangan yang telah dilatih untuk memberi sokongan emosi kepada ahli keluarga.
“Yayasan Tzu Chi turut membantu menjalankan fungsi yang sama,” menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pada pagi hari kedua misteri kehilangan pesawat MH370.
MAS akan turut menubuhkan sebuah kumpulan yang sama untuk dihantar ke Beijing lewat hari ini.
Malam tadi pasukan pengurusan kanan dari MAS tiba di Beijing, China untuk bertemu dengan para media dan juga ahli keluarga penumpang yang juga sedang menunggu berita di sana.
“Selain itu, MAS juga secara konsisten bekerjasama dengan pihak berkuasa lain yang turut memberikan bantuan dalam perlaksanaan operasi mencari dan menyelamat.
“Untuk bersedia jika kemungkinan pesawat MH370 menghadapi kemalangan serius, satu pakar bencana dari Atlanta, Amerika Syarikat akan membantu Malaysia pada ketika ini,” menurut kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment