Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

SEORANG individu melalui Facebook mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mahu pesawat yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhempas dan dikembalikan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Status tidak bertanggungjawab itu dibuat pada semalam ketika pukul 10.54 malam.

“Dear God, if u must take one plane down, please take this, give us back MH370 (Tuhan, jika terpaksa mengambil satu pesawat terhempas, ambil pesawat ini dan kembalikan kepada kami MH370),” katanya.

Status itu disertakan dengan satu gambar Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor melambai tangan di atas pesawat khas yang biasanya digunakan membawa pemimpin negara itu.

Kenyataan berkenaan jelas merujuk kepada satu macam ugutan kepada Najib.

Penulis tidak dapat memahami motif pihak seperti ini yang sewenang-wenangnya menulis di Facebook tanpa mengira akibat yang bakal diterima atau dicetuskan pada kestabilan hidup orang ramai di negara ini.

Najib semalam sudah pun menghabiskan masa berjam-jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bertemu dengan keluarga penumpang pesawat berkenaan untuk menenangkan mereka untuk terus tabah menghadapi situasi sukar ketika ini.

Berbeza dengan Ketua Pembangkang yang disanjung secara “buta” oleh para penyokongnya yang pada ketika ini sibuk mencanang siapa yang akan menggantikannya sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kajang daripada cuba untuk membantu menangani masalah ini.


Ketua Polis Negara dilaporkan media berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati sebar khabar angin melampau mengenai kehilangan MH370.

0 comments:

Post a Comment