Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

KAPAL Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) difahamkan telah menemui satu tompokan minyak pada jarak 100 batu nautika dari persisir pantai Tok Bali, Kelantan pada pukul 11 pagi tadi.

Kapal milik APMM kini diarahkan untuk mengambil sampel tompokan minyak berkenaan, menurut laporan terkini Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) untuk mengenalpasti punca tompokan minyak berkenaan.

APMM juga telah mengarahkan helikopter AW139 membuat tinjauan meliputi jarak 90 batu nautika dari persisir pantai berkenaan. Agensi itu kini bersama agensi lain termasuk agensi antarabangsa sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam pada Jumaat lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Ia bagaimanapun hilang dan terputus komunikasi dengan menara kawalan udara di Subang pada pukul 2.40 pagi.

Menurut laporan awal, sepanjang penerbangan komunikasi menara kawalan dengan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53 tahun berjalan lancar tanpa isyarat kecemasan ataupun masalah diberikan oleh pengendali pesawat kepada menara kawalan.

Perhubungan terputus selepas komunikasi menara kawalan di Subang menyerahkan komunikasi pesawat MH370 kepada menara kawalan udara di Ho Chi Minh City, Vietnam kerana pesawat itu sudah menghampiri ruang udara Vietnam dalam penerbangan ke Beijing, China.

0 comments:

Post a Comment