Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

Frankfurt – Penumpang pesawat di Jerman berdepan kelewatan, gangguan dan ratusan pembatalan penerbangan di seluruh negara semalam selepas kakitangan, pengendali bagasi dan pekerja penyelenggaraan meninggalkan tugas kerana isu gaji.

Lufthansa, syarikat penerbangan terbesar di Jerman dan paling teruk dilanda mogok, Rabu lalu mengumumkan akan membatalkan 600 penerbangan Eropah dan domestik hingga jam 2 petang.

Di Frankfurt saja, hub pengendali lapangan terbang Lufthansa, Fraport berkata, 550 penerbangan dibatalkan daripada 1,300 ketibaan dan pelepasan.

Lufthansa membatalkan satu pertiga daripada penerbangan yang dijadualkan semalam, termasuk hampir semua penerbangan jarak dekat domestik dan Eropah dalam tempoh mogok sehingga jam 9 malam waktu tempatan.

1,400 pekerja ambil bahagian

Walaupun kebanyakan kakitangan lapangan terbang Frankfurt adalah pekerja swasta, masih ada 6,000 pekerja sektor awam dalam bidang pengendalian bagasi, keselamatan dan kerja di darat.

Kesatuan sekerja Verdi menganggarkan 1,400 pekerja akan mengambil bahagian di Frankfurt tetapi tiada jumlah pasti untuk mengesahkannya. – REUTERS

0 comments:

Post a Comment