Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

“Saya diberi peluang kedua. Ini semua takdir”.

Itu kata-kata yang diungkapkan seorang pelajar di Universiti Tsinghua di Beijing, Jessica Yee Wai Ching yang sepatutnya turut menaiki pesawat MH370, pagi semalam.

Namun disebabkan dia keliru dengan waktu penerbangan itu, Jessica telah terlepas penerbangan tersebut dan telah meminta MAS untuk menukarkan tarikh penerbangannya.

Jessica menyangkakan dia perlu berada di lapangan terbang pada malam Sabtu dan bukannya pada malam Jumaat seperti yang tertera pada tiketnya.

Menerusi laporan sebuah akhbar harian, Jessica menyatakan, “saya hanya menyedari perkara ini empat jam sebelum pelepasan dan terus mengemas barang-barang dan bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir”.

“Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan. Jika tidak, saya tentu telah menaiki penerbangan MH370 itu,” ujarnya lagi.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 masih lagi diteruskan.

Seramai 227 penumpang termasuk dua bayi manakala 12 anak kapal dilaporkan berada dalam pesawat malang tersebut.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment