Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

KUANTAN – Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menyebarkan khabar angin melampau mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata langkah itu diambil bagi mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab terutama menerusi media sosial.

“…ini bukan masanya untuk berbuat demikian (sebar khabar angin). Jangan bertindak sesuka hati, berfikir dahulu sebelum bercakap. Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga penumpang penerbangan tersebut, jika penumpang itu ahli keluarga kita sanggupkah kita buat tindakan tidak wajar pada masa kita sepatutnya berdoa,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 345 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang yang terlibat dengan bencana itu pada Disember lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Mengulas kerjasama agensi perisikan antarabangsa dalam siasatan kehilangan pesawat tersebut, Khalid berkata amalan itu adalah perkara biasa terutama ketika menghadapi situasi yang memerlukan bantuan agensi luar.

“…ini bukan perkara baru kita menerima kepakaran daripada badan risikan antarabangsa, ia (kerjasama) sentiasa berjalan,” katanya.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan MH370.

Menurut laporan itu penglibatan FBI disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing itu dilapor hilang daripada radar menara kawalan trafik udara kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment