Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

JIKA sebentar tadi, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meluangkan masa melawat keluarga penumpang pesawat MAS MH370, kali ini giliran Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah tampil memberikan sokongan moral kepada pihak yang terlibat.

Kesemua ahli keluarga penumpang ditempatkan di Hotel Everly di Putrajaya sejak jam 6 petang semalam.

Bagaimanapun kedatangan Wan Azizah itu terlalu lewat selepas lebih 24 jam kejadian itu berlaku. Sepatutnya beliau dan suaminya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba pada awal pagi Sabtu selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang.

Sebaliknya, beliau dan suami memilih untuk menyelesaikan dahulu konflik pemilihan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang hari penamaan calonnya bakal jatuh pada Selasa depan.

Selepas Wan Azizah diumumkan sebagai calon menggantikan Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) barulah kelibat beliau kelihatan itupun di Hotel Everly sahaja dan bukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya tiba ke KLIA petang semalam selepas menghadiri retreat Umno Malaysia di Institut Latihan Memperkasa Umno (ILMU) di Janda Baik untuk bersama-sama ahli keluarga mangsa dan memberi semangat kepada mereka.

Agak lama Najib menghabiskan masa bertemu dengan para ahli keluarga sebelum kemudiannya mengadakan sidang media pada lewat petang.

Anwar lebih mementingkan kelangsungan legasi politik beliau daripada nasib penumpang MH370 yang masih misteri sehingga ke saat ini.

Beliau tidak boleh bertanding pada PRK Dun Kajang selepas disabitkan kesalahan meliwat di Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment