Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 9, 2014

No Comment

TAWAU – Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah menafikan dakwaan anggota polis trafik menyaman pengguna jalan raya semasa program penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Arena Belia di sini pada Rabu dan Khamis lepas.

Beliau berkata terdapat tiga rekod saman dikeluarkan kerana kesalahan menghalang lalu lintas pada hari berkenaan.

“Bagi tempoh dua hari itu, sepuluh pegawai dan anggota turus trafik dikerah mengawal kesesakan di kawasan terbabit berikutan orang ramai datang berpusu-pusu untuk menerima bantuan masing-masing,” katanya.

Awang Besar berkata pegawai dan anggota bertugas memahami situasi itu selain tidak menyaman pemandu kenderaan yang diletak di sisi dan bahu jalan.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan hari ini berhubung kekesalan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh terhadap tindakan polis yang didakwa menyaman penerima BR1M semasa pengagihan bantuan itu baru-baru ini.

Abdul Ghapur berkata beliau menerima banyak aduan daripada orang ramai yang disaman polis semasa meletakkan kenderaan di sisi jalan berikutan kesesakan di ruang parkir pada hari berkenaan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment