Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, August 12, 2014


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap portal propembangkang, The Malaysian Insider berhubung dua artikel terbitan portal tersebut bertajuk Going by Selangor ruler's criteria, Khalid should quit as MB dan artikel sama dalam bahasa Melayu bertajuk 'Berasaskan criteria Sultan Selangor, Khalid wajar berundur sebagai MB'.

Dalam pernyataan tuntutan yang difailkan peguam beliau, New Sin Yew, Abdul Khalid menamakan Ketua Pegawai Eksekutif laman sesawang www.themalaysianinsider.com, K.A. Jahabar Sadiq sebagai defendan pertama serta penyunting Bahasa Melayu laman tersebut, Amin Shah Iskandar sebagai defendan kedua.

Melalui tuntutan itu, beliau mendakwa kedua-dua artikel yang disiarkan pada 24 Julai lalu yang berniat jahat telah menjatuhkan reputasinya dan turut menamakan pentadbir Malaysian Insider, The Edge Communications Sdn. Bhd. dan Tmidotcom Sdn. Bhd. masing-masing sebagai defendan ketiga dan keempat.

Abdul Khalid yang memfailkan saman tersebut atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan ahli korporat mendakwa, melalui artikel bahasa Inggeris itu, defendan telah cuba menyatakan beliau sebagai seorang yang tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah dan terlibat dalam kegiatan rasuah.- Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment