Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, August 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menjangka prestasi yang kukuh pada separuh kedua tahun ini, dipacu oleh harga minyak yang lebih rendah dan pengenalan perkhidmatan baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata harga minyak yang lebih rendah akan menambah keuntungan dan membolehkan penumpang mendapat faedah dari segi tambang rendah.

“Jumlah muatan kekal kukuh. Filipina semakin pulih dan kami menjangka mencatatkan keuntungan di Indonesia pada suku keempat. Tidak diragukan lagi, separuh kedua tahun ini akan lebih kukuh,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan kurier tambang rendah AirAsia, Redbox.

Beliau menjangka dapat meningkatkan pendapatan sampingan setiap penumpang kepada RM60 dalam tempoh dua hingga tiga tahun, daripada RM46 sekarang ini, dengan pelancaran tiga perkhidmatan baharu pada akhir tahun ini, selain daripada perniagaan kurier yang baru dilancarkan.

AirAsia, yang dalam peringkat perintis ujian meningkatkan pengalaman membeli-belah bebas cukai penumpang, menjangka segmen ini menjadi sumber pendapatan yang besar untuk syarikat penerbangan itu.

Syarikat penerbangan itu juga akan melancarkan perkhidmatan Wi-Fi dalam penerbangan tidak lama lagi, dengan ujian dijalankan semalam.

Bagi tempoh dua bulan akan datang, AirAsia akan menyediakan 60 penumpang  pada setiap penerbangan dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam “ujian pengguna percuma” perkhidmatan Wi-Fi.

Satu lagi perkhidmatan baru yang dijangka meningkatkan pendapatan sampingan AirAsia setiap penumpang adalah pelancaran kad pertukaran asing, yang membolehkan penumpang membawa mata wang asing secara elektronik berbanding tunai.

“Sebahagian daripada produk wang yang kami ada sedia untuk kelulusan Bank Negara Malaysia,” kata Fernandes. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment